Tuesday, February 18, 2014

penat

kalau cakap penat maka penatlah ia.....kerja memang penat.....tapi ini semua tentang mind set semata-mata. always thinking positive..insya-Allah sesusah mana pun kerja anda pasti akan siap juga...sentiasa solat diawal waktu walau sesibuk mana pun kita.

Sunday, February 16, 2014

hari ini picnic for 2

Hari ini picnic for 2...sebab cousin aku lagi sorang sudah kahwin jadi group kita tinggal 2 orang jah...rasa jugaklah kehilangan tuh...sedih2......tapi takpe, makanya percutian aku ke manjung 2 hari satu malam seronok jugak...xlah aku buhsan dok rumah jah hari minggu..ramai jugak orang mandi kat Telok Batik, tapi aku mandi dalam sejam gituh pastu terus naik pasal badan dah gatal2 and panas...then balik umah cousin aku aku tidor jap then gerak balik rumahler pasal esok nak keje...kalau ikut hati aku nak jerk aku buat giler p keje dari manjung...aje giler bak kate orang kuala kangsar.

Balik rumah tengok the return of superman kat KBS jap, then solat asar. After solat asar aku buat laksa. Alhamdullillah sedap. So, ini resepi laksa sesuai untuk dimakan untuk suami isteri baru berkahwin, pasal aku buat sikit jah dengan 4 ekor ikan sardin jerk...bukan apa aku x nak membazir makanan. 

LAKSA CEPAT & MUDAH

BAHAN-BAHAN

4 EKOR IKAN SARDIN SEDERHANA BESAR

2 ULAS BAWANG PUTIH

3 ULANG BAWANG MERAH

SEDIKIT BELACAN(DALAM SATU SUDU TEH GULA)

DAUN KESOM

3 KEPING ASAM GELUGOR/KEPING

2 SUDU BESAR CILI GILING

1 SUDU BESAR OTAK UDANG

1/2 KUNTUM BUNGA KANTAN

CARA-CARA

1. Rebus ikan sardin sehingga masak tapi jangan masak sampai isi ikan terpisah dengan tulang, just bila tengok ikan tuh macam dah pucat segera tutup api. Kemudian asingkan isi ikan daripada tulangnya dan ketepikan. Tulang ikan tadi dikisar bersama air lebihan rebusan ikan tadi kemudian tapis. Isi ikan tadi juga perlu dikisar bersama air rebusan ikan kemudian ketepikan.

2. Masukkan bawang merah, bawang putih, otak udang dan belacan yang sudah dikisar serta cili giling ke dalam periuk. Masak sehingga bau cili naik. Kemudian, masukkan isi ikan yang telah dikisar beserta air rebusan ikan, asam keping dan bunga kantan. Tunggu sehingga kuah laksa menggelegak dan perasakan dengan garam. 

3. Akhir sekali masukkan daun kesom. Dan yang lain-lain tuh korang mesti pandai punyerk, rebuslah laksa potong sayur mayur dan rebus telur. Maka, sedia untuk dihidang.

Selamat mencuba.....pasti sedap, Sorry gambar takde...aku tak snap pun tadi...huhuhhhuhhh  

Friday, February 14, 2014

2014

Al-kisah...lama sudah tidak membuat sebarang coretan tinta ke atas blog aku neh....tapi aku rase masih tak berhabuk lagi blog nih tak cukup setahun pun lagi aku tinggalkan ia...dah masuk tahun baru walaupun bukanlah baru sangat dah...dah masuk pertengahan februari. Macam-macam benda berlaku ke atas aku biarpun tahun 2014 nih masih lagi baru....macam manapun hidup ini harus diteruskan..ada masa kita akan rasa kita di puncak dunia ada masa kita rasa kita akan berada di bawah tanah..hehhehe aku ngarut jerk. So, sentiasa bersyukur dimana takuk pun aras hidup kita. 

Bila kita rasa susah, ada lagi orang susah daripada kita. Always keep smiling...yang mana masih lagi mencari kerja teruskan usaha anda mencari kerja, jangan sesekali putus asa...sebab aku dulu pun macam korang, kesana dan kemari bagai orang gila mencari kerja, don't lost your hope...rahmat Allah itu besar, begitu juga dengan rezeki. Yerk, sampai satu tahap mesti korang rasa nak putus asa kan......tapi jangan mengalah, graduan sekarang memang perlu tabah cari keja. Nasihat aku, sekiranya korang masih tak dapat kerja yang korang idam-idamkan kerja dulu as pembantu kedai ka yang range gaji dalam rm500-rm600 hinggit jerk dulu, sebab aku dulu lepas jerk grad keje kedai roti yang gaji nyerk rm16 sehari.

Aku keje tak lame pun 3 bulan tak silap aku......jangan buang masa anda para graduan...tiada masa nak relaks2...tambahx2 yang memang ada hutang dangan PTPTN macam aku.......lepas jerk aku keje kedai roti, bermulalah perjalanan hidup ku sebagi perantau satu Malaysia....memang tak dinafikan didup aku lepas keje kedai roti tuh agak kelam-kelibut sedikit, tapi bila dikenang semula itu adalah pengalaman hidup....selamat tahun baru dan jangan lupa buat impian dah tuh tampal kat dinding dalam bilik besarx2.....aku gerenti impian korang akan tercapai dengan izin Allah....banyak benda aku tulis tampal kat dinding tercapai walaupun tak semua, ini kisah benar.......dan pedulikan cakap orang di sekeliling anda yang tak pernah puas hati dengan anda....sekian terima kasih.