Saturday, January 22, 2011

jangan nak megah sangat....

Salam, hai semua. Penat dan sengal-sengal bahu aku okeyh, mana taknyerk semalam aku p PD. Bantainyerk semua aku lenjan main mahu tak penat. Dahler tak buat warming up dulu. Yang aku sempat buat warmkan perut aku jerk,heheheh.

Semalam aku main kayak dan banana boat. Best.. tapi once dah jatuh dari banana boat nak naik balik tuler yang aku malas. Yelah aku kan berat. Tapi kalau dikenang-kenang semula memang lucu kot.

Yerk berbalik kepada topik kite, janganlah kita bermegah-megah dengan apa yang kita ada. Itu akan membawa kepada sifat menunjuk-nunjuk dan seangkatan dengannya. Ingatlah wahai sahabat hidup kite di dunia tak lama, entah esok lusa kita mati. Sudah cukup agaknya amalan kita untuk bekalan akhirat.

Semua nikmatnya hanya pinjaman, bila-bila masa kalau di atas mahu menariknya pun boleh. Marilah kita bersama ingat mengingatkan. Ketahuilah kamu bahawanya mati itu pasti jadi buat apa nak megah sangat.

Friday, January 21, 2011

semoga terbuka hatinya

Salam, sudah agak lama tak bergosip nieh. Almaklumlah sibuk. Kalau keluar pagi sure balik petang, tak pernah ada peluang nak balik tgh hari dah sekarang nieh. Owh ade citer hott.... adik guah ciah dengar kate dapat tawaran pergi MRSM, Kepala Batas P.P...jauh tuh.

Tapi aku taulah adik aku dier sure taknak pergi punyer. Bukan apa dulu masa form 1 dapat tawaran asrama pun tak nak pergi jugak. Adik aku nieh kalau dier sudah sayang sama kengkawan dier susah nak berpisah. Bagi aku sekolah mana-mana pun sama, tapi kalau sekolah asrama penuh nieh peluang untuk kerk overseas terbuka seluas-luasnya.

Dulu kejadian seperti ini pernah juga berlaku kapada aku. Aku rase kalau kite di alam perubahan umur ke 16 tahun pergolakan jiwa akan berlaku. Makanya, bermulalah episod ayor mate. Sebab apa aku cakap cam tuh, sebab dulu aku dapat tawaran kerk smka lepas PMR. Tapi cam bese aku tak pergi..hehehhe. Sedih woh nak tinggal kengkawan. Tak masuk smka pun aku still tukar sekolah kat grik nun.

Kalau aku pergi smka aku takdelah kat fst sekarang. Agaknyerk kat fep lah kot. Tapi aku sangat galakkan adik aku pergi menuntut kat mrsmlah. Family aku mana pernah masuk sekolah asrama penuh nieh. So, pe lagik ciah pecahkan tradisi dan aku doakan semoga hatinya terbuka terima tawaran nieh. Memang berat pada mulanya, tapi diakhirnya nanti semunya akan okeyh. Jangan jadi cam aku menyesal tak sudah. Apapun kita kena bersyukur dengan apa yang ada ngan kita sekarang. Sememangnya, ianya sudah Allah tahu ianya terbaik untuk kita.

Wednesday, January 19, 2011

misteri kehilangan aku

Jangan ditanya ke mana aku menghilang tanpa jejak selepas kelas. Aku tak kemana, aku hanya di sekitar UKM. Jauh mana aku dapat pergi dengan ketiadaan kenderaan bermotor. Tapi aku bersyukur kerana dikurniakan kaki yang laju bila berjalan.

Tulah pasal, bila sahaja kelas habis selalu aku jalan laju2 menuju tempat rahsia, eh takdelah ke lab lah beb. Asallah korang tak jumpe aku yang besar alam nieh. So, kalau nak cari aku lepas kelas aku besenyerk ke lab , pmfst or surau. Itu memang tempat rasmi aku melepak.

Aku tau bukannyerk ada sapa nak cari aku, just for your information jelah, mane tau tetiba nak topup nak pinjam duit or nak memberitahu ketidakpuasan hati terhadap aku kew manelah taukan. Kalau aku boleh bantu aku bantu.

Aku ingat pas grade nanti aku nak jual batu. Jangan terkejut nanti aku jadi usahawan yang berjaya. Aku ingat aku memang nak berniaga biler dah grade nanti. Sebab ape aku nak jual batu, sekang nieh aku dok pening ajerk nak cari batu yang bersih.

Kalau difikir-fikirkan batu ini tak penting tapi sebenarnyerk ia amat dicari-cari oleh manusia terutamanya untuk menghias laman or kolam ikan. Allah juga pernah berfirman, bahawasanya 9/10 rezeki itu datang daripada berniaga. So apa lagi mari berniaga. Semoga aku berjaya menjadi usahawan yang berjaya. Mane aku nak sewa kuari kat malaysia nieh yerk?

lagi nak habis lagi gerun

Nape lagi nak habis lagi gerun rasenyerk nak habiskan sem akhir nieh. Bukan sem akhir sebenarnya, sebab lepas nieh kena li lak 3 bulan. Pastuh baru di kira habis. Apapun, mari kita bersemangat dengan melaungkan ' farahain boleh 4.0 pngs sem nieh ' oh yeah.hahhaha.

Korang laung kuat-kuat yerk semoga jadi kenyataan. Orang melayu boleh! Kalau bukan kita yang mengubah nasib orang melayu siapa lagi. Ini untuk generasi yang akan datang, bakal memimpin negara.

Orang melayu tak boleh malas, kena rajin berusaha. Mesra alam yerk. Kena berani mengambil risiko. Orang melayu jangan mudah lupa, terutama hutang ekekekke. Jangan marah orang melayu.

Tajamkan minda anda okeyh. So, kesimpulannya orang melayu jangan gerun nak menghadapi sem akhir cam aku.


Tuesday, January 18, 2011

Ape yang nak diberi yerk

Kesabaran aku diuji lagi hari ini. Tapi tak mengape, itu lumrah seorang manusia harus jalani dengan tabah. Selagi aku boleh bersabar aku sabar.

Okeyh kite lupakan kecelaruan otak aku dulu kite pergi kepada tajuk entry di atas. Lama dah aku tak kuar beli barang dapur. So nieh tengah teringin nak pergi membeli sedikit barang kat avon Malaysia. Skema giler aku tulis avon gitu.

Hari sabtu nieh tak boley keluar pasal, cosmate aku nak buat makan-makan tepi pantai kat PD. Makanya, enggak bisa keluar itu hari. Hari ini pelik, aku rase duit aku hilang rm 50. Sape curi, dier dosalah pastu keluar nanah besar kat tangan dier. Bior gitu. Baru ada pedoman dok amik duit orang buat apa.

Aku dah berjaya jumpa balik pin tudung aku yang warna kuning tu balik. Ada orang jumpa tapi dier tak nak bagi balik kat aku. Lantaklah, nak buat kenangan agaknyerk.hahahah. Pelik-pelik. Lama dah kot jatuhnyerk. Gasakler engko.

Aku dah ada idea nak beli apa balik umah t. So doa-doaler aku berjaya beli barang yang aku nak tu kan. Aku nak bagi orang sebenarnya. Just nak bagi tahu, jangan jadi kacang lupakan kulit yerk! sedor diri sikit saejah.

Monday, January 17, 2011

Alhamdullillah....

Salam, syukur apak ku sudah dibenarkan keluar hospital. Then tak lupe jugak nak bagi tau yang kiy dah ada air around jam 10.30 pm gitu semalam. So bolehler mandi manda selepas ini. Mari kite berjoget girang, tapi aku tak larat joget coz aku penat dan mengantuk sangat sekarang nieh.

Nak makan burger tapi malas nak p beli. Tapi sedih ugak kasut harimau bintang putus kat dalam lab tadi, sib bek ily ada kasut spared. Kalau tak aku berkaki ayamler jawabnyerk.

Bilik aku sekang dah wangi, rumate aku beli ambi pure yang automatik sembur-sembur tuh. Lepas nieh takde can ler nak masak dan memasak agi. Yelah kena terima hakikat masak kat bilik orang lain ler pulak kan.

Ramai gak kengkawan aku yang tak berapa nak sihat lately nieh. Weh kome yang luar sane, jangan biar kepala anda kena hujan sewenang-wenangnya. Bahaya! sekarang nieh hujan asid bukan cam hujan dulu punya asid kurang tuh sebab dulu aku kecik-kecik mandi hujan lek jerk tak demam. Tapi sekarang, kena tempias pun leh demam.

Ada sesape tahu tak spektrofotometer tuh apa fungsi sebenarnyerk? sapa tau meh bagi tau sama aku. Aku sudah pening. Dah ak nak solat magrib dulu yerk.

Saturday, January 15, 2011

takde gambor

Salam, selamat malam dan selamat petang. Yerk aku tau korang sume boring tu pasal bace blog aku kan. heheheh, jangan marah. Mesti korang semua boring bace blog aku pasal tak diserikan dengan gambar2 kan. Nak buat cam ane, tuan punyerk blog takde peruntukan 2011 nak beli kamera or henset yang cantik lagi berguna untuk bergambor.

Tapi itu tak menjadi masalah, kerana ape sebab aku dah bercita-cita mau beli kamera godang yang besor tuh. Tungulah aku dapat kerja tetap nanti. Semoga jadi kenyataan ler. Air masih tiada lagi kat bumi kiy nieh, jap agi nak merantau ke benua uo lak yeler aku mane ade simpan air walaupon sebaldi.

Malam nieh aku dok bujang dalam bilik, pasal rumate aku dah merantau mencari air dan semestinya bermalam di tempat yang ada air itu. Aku ingat nak bermalam kat tasik kejutlah, kat situ banyak air silap tak bawak corong turas ngan filter paper jerk. Kalau tak memang aku dah mandi guna air tasik dah. Syabas cepatler settle masalah korang cepat. Aku dah tak tahan dah nieh. Kalau tak pun datanglah hantar bekalan air.

Friday, January 14, 2011

tetiba teringat litar letrik

Salam, napenyerk tetibe aku teringat litar neh. Yelah, sem nieh ade gak belajar sesikit tentang litar balik. Hadoi, camne nak ingat balik erk. Kenalah nengok nota balik yang dulu. Ade agii rasenyerk. Tetiba minat lak kat litar letrik nieh. Semoga keminatan aku ngan litar neh takkan pudar sampai bebila. Sebab t kalau aku ada anak aku nak ajar anak aku tentang litar sejak dier kecil lagi.ahhahah.

Tetiba, teringin nak makan laksa kuala kangsar. Lame dah tak turun kuala. Apakah ada sebarang perubahan disana. Aku windu ngan pokok jambu dan kelapa kat umah lame aku. Dulu pas spm tetiap hari aku panjat pokok kelapa pakai tanggalah beb. Sampai akhirnya, mak aku nak buat santan tiada, sebab kelapa muda aku dah amik. Lagi satu aku suke sangat buat agar-agar kelapa. Best woh dok kampung.

Weh sedar tak sedar aku lagi 8 tahun jerj nak umur 30 tahun. Cepatnyerk! jangan ak caye lak korang nanti sedor tak sedor dah umor 50 tahun tengak2 dah ade cucu tecik. Ish tak sanggup aku nak menghadapinya. Tapi ituler dier dinamakan lumrah dunia. So, beringat-ingatlah kamu sebelum kamu dimatikan. Pesanan penaja.

air teda lagi

Hohoho, air tiada lagi start maghrib semalam. Adoi ape yang aku rase sekarang nak buang air besar jerk neh. Tolong sape ada air lebih sure semua orang lain kedekut air dier. Betul tak. Entry kali nieh aku nak citer pengalaman luar biasa amik air solat.

Tadi aku bangun dalam pukul 6.11am camtu untuk solat subuh. Then bangun jerk terus ke toilet. Bukak paip air ade tapi kat dobilah. Makin lame makin kecik. Aku sempat amik air solat sampai ubun2 jerk. Macam mana nieh? Waktu solat nal habes dah.

Aku pergi ler jenguk kat garage motor, bukak paip air jerk ade air halus keluar aku pe lagi tanpa membuang angin dan masa terus basuh telinga, unfortunately sempat sampai sebelah kaki kanan jerk. Makanya, aku berfikir mane aku nak dapat air untuk sebelah kaki lagi jerk.

Fikir punya fikir aku amik air heater yang aku masak semalam untuk basuh kaki kiri. Hebat kan amik air suling buat air solat. Di waktu kesempitan begini perlulah menggunakan kepala otak yang ade.

Kesimpulannya, saejah memang bijak tak tadah air pun walaupun setitik semalam. Padan muka eksen sangat semalam, kan Allah dah balas. Maka, kengkawan semula jadikan cerita ini sebagai pengajaran di waktu teda air, Insya-Allah.

Thursday, January 13, 2011

baca betul-betul

Salam, baca betul-betul. Selalunya begini, tidak pernah berubah dari dulu. So, kepada kengkawan sekalian profread yerk you alls. Dah ark mak nak tidur, ngantuk rasenyerk.

raja pecut berkaki kurus

Sape raja pecut, adik beradik ngan raja kapoor kew? eh mane boleh adik beradik ngan raja kapoor sebab yang jadi raja pecut tu sape lagi akulah orangnya, hehehe. Nak citer jerk aku memang hebat pecut memecut keluar dari kuliah. Mesti korang terkejut punyerk aku memang cepat lesap kalau kelas habes. Itu memang hobi aku. Selalunyalah kan, time aku pecut dan memecut nie, adalah jika aku desperate sesangat nak ke suatu tempat memang aku tak hingat orang dah. Janganler nak panggil nama aku, aku tak toleh punyerk.

Nak cerita, petang tadi lepas sajerk kelas prof. Lee keluar jerk dewan kuliah aku terus amik langkah seribu nak pergi jumpa Tun Seri Lanang. Muka tun hari ini agak muram. Kerana ape, aku bertarung nak sampai cepat nak jumpa tun hujan nak turun ngan kilat sambar menyambar. Korang pun tahu aku tak suka guruh, kilat dan tangga. Berapa banyak tangga aku wajip lalu sebelum dapat bertemu tun dari DAM.

Dah ark nak hujan, aku tergedik-gedik turun tangga dengan kasut buaya putih aku tuh dah ark licin. Nasib baik tak jatuh. Kalau tak memang aku pengsan jerk kat tengah jalan malas nak jalan dah. Tapi dengan berkat dan doa dari kalian2 semua aku berjaya jugak bertemu dengan Tun Seri Lanang.

Maka berdatinglah aku dengan tun dalam 3 jam cam tuh. Tepat jerk 3 jam aku dating kurasakan tenaga aku dah semakin berkurangan ibarat lampu berkelip-kelip di dada ultraman dan aku memutuskan untuk pulang. Perutku bergendang lapar. Tapi bile dapat makanan tak selera pulak. Nampak sangat nafsu semata-mata.

So, kesimpulannya kepada sesape yang nak ikut aku berdating dengan tun hari sabtu ini sila berikan respond anda melalui comment dibawah. Respond segera amatlah diharapkan. Entah ape2 entah aku merapu. Nite semua! aku letih sangat hari ini.

Tuesday, January 11, 2011

syukur..alhamdullilah, masih ada sudi

Pertama-tama kalinya, syukur alhamdullilah masih ada yang sudi memberi makanan free kat saejah. Korang tahu aku dapat apa..dapat spaggeti blognese, betul kew aku spell lantak ark. Sedap sangat! Allah tuh, maha adil dulu aku penah gak bagi orang spaggeti, tetibe hari ini aku dapat balik spaggeti.

Ape yang aku nak bagi tahu kat sini, buat baiklah kepada sesama manusia semasa kita tengah bernyawa nieh. Tapi kat sini, aku nak bagi tahu jerk ' buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali'.

Saturday, January 8, 2011

engkaulah apa yang kau fikirkan

Yerk, semangat aku dah datang balik. Jaga-jagalah korang kalau semangat dah membara-bara nieh. Fuh... statement berani mati. Aku semangat sangat nieh bukan apa, tadi aku buka you tube pas tuh tetiba teringin nak dengar lagu ' fikirkan boleh '.

Best owh lagu nieh, then terbukak pulak piala thomas 1992. Waktu nieh kan Malaysia menang. Kalau tengak dorang rase bangga giler owh, nak menitis air mata aku terharu. Kalau skuad badminton negara boleh, kenapa pulak aku tak boleh siapkan tesis aku. Pedulikan cakap orang lain, buat jerk ' tabah apa kau usahakan '.

So, moto baru dalam hidup aku " ENGKAULAH APA YANG KAU FIKIRKAN ", pokok pangkal kejayaan seseorang itu aku rase berpunca niat dan kepala otaknyerk. Fikir-fikirkan, selamat beramal. Copy tag line Prof. Iezy Hj Ali. Jangan marah yerk Prof. tiru tag line.

Korang pun kalau tak semangat bukak you tube dengar lagu nieh. Memang best dan sangat bermotivasi lagu nieh. Aku rase, kalau ada sesape dah ciap nak bunuh diri kalau dier dengar lagu nieh mesti tak jadi bunuh diri hehhehe. Gurauan di situ.

Apapun rakan-rakanku marilah kita bersemangat menyiapkan tesis. Bukan setakat tesis jerk, semangat menjalani hidup ini walaupun banyak cabaran yang mendatang tanpa kita undangi.

Friday, January 7, 2011

skipping! let's jump.

Let's jumping until death! Wah statement, tak boleh blah. Huahua. Korang tahu tadi aku pergi hentian kajang. Buat apa pergi sane, buat apa lagi beli tiket hali layalah. Lepas beli tiket, makanya dah selesai satu task kan, dah tak tahu nak buat apa p lah ronda2 hentian kajang sampai lebam.

So, bila dah ronda-ronda 1 hentian kajang maka banyak ler benda yang aku tak patut beli. Antaranya tempat potong ikan, stokin belley, skipping tak tahan, jaring untuk masukkan benda2 dalaman semasa basuh dalam washing mashine. Mengarut kan. Biarlah, sekurang-kurangnya released sikit tension aku. Sebenarnyerk, macam-macam agi aku nak amik tadi. Abes kat situ jerk dah rm 11.00.

Cerita pasal skipping, mulai hari ini aku nak melompat sekurang-kurangnya 100 kali setiap hari. Barulah badan jadi sihat dan kuat. Takdelah asyik tak larat jerk. Betul tak. Tetiba rumate aku call cakap kakak dier nak amik kunci motor.

Aku masih di hentian kajang tunggu bas. Tunggu bas punya lame, maka aku amik jalan mudah lagi cepat naik teksi jerk, rm 8.00. Okeyh ark tuh, dier hantar sampai atas. Aku dah tak larat sebenarnya. Dengan bawak barang banyak kan, lagi2 beli benda mengarut tadi. Skang aku ngah layan drama korean, my princess. Best!

pantang aku

Aku sangatlah pantang kalau aku call orang, tapi orang tuh cam tak nak cakap ngan kite dok cakap ngan orang lain. Korang tahu tak, kalau korang buat cam nieh kat orang lain, orang tuh rase dier cam tak dihargai yerk. Kalau tak nak cakap ngan aku, letak jerk phone tuh, then p buat keje yang ko nak.

Tak pon bagi tahu aku secara sopan yang aku ada kerja, boleh call sebentar lagi. Dengan cara tuh lebih polite sikit, dari korang buat dengar tak dengar jerk bila jawab call aku ngan aku. Dah tuh perangai, kita jerk yang nak call dier, dier nak call kita jangan harap. Aku harap teruskan perangai ko camtuh, sampai satu masa nanti tahulah ko. Takda sapa nak ambil tahu pasal ko lagi. Mulai hari ini, aku dah tak nak tahu pasal ko lagi. hehehehhe, aku sajerk jerk gempak korang. Aku sengaja jerk buat2 cerita atas nieh.
Untuk pengetahuan dia atas, cerita diatas tiada kene mengena ngan sahabat-sahabat atau kenalan saejah. Ia hanyalah permainan perasaan semata-mata. Almaklumlah, hari ini kan emosi sedikit. So, terima kasih cik mollek di atas kesudian singgah ke teratak buruk saye malam tadi. Saya, hargai semua nasihat yang anda berikan. Jasa anda hanya Allah yang dapat membalasnya.

sampai mana harusku bertahan, sampai bila harusku telan

Owh sungguh panjang tajuk entry kita kali nieh yerk teman-teman. Aku pun dah tak tahu nak citer macam mana dah. Yerk hari ini, hari yang paling ' meletop ' yerk kengkawan. Kenapa aku kate meletop, sebabnya aku kene repeat eksperimen tesis untu kesekian kalinya. Masuk kali ini, ia adalah kali yang ke-3. Aku tahu ada hikmah disebalik apa yang terjadi. Apa yang aku perlukan sekarang ialah, semangat dan komitmen.

Korang tahu, betapa kecewanya aku sampai tak terkata. Aku rasa nak terjun tasik jerk. Tapi aku cekal dan tabah orangnya, aku boleh buat punya. Aku mesti grade tahun ini jugak walau apapun yang terjadi. Abes kalau kecewa pun tak ada gunanya pun. Baik aku fikir langkah seterusnya yang patut dan tak patut diambil.

Aku sebenarnya, sangat mengantuk ketika entry ini ditulis. Adakah aku tak beri komitmen dengan fyp aku. Aku pun tak tahu. Maybe, aku bising dalam kelas. Padan ngan muka aku. Lepas nieh, dok sopan jerk dalam kelas jangan bising-bising ganggu orang lain. Orang lain nak belajar. Jangan main-main, nieh last sem tau. Sem nielah yang paling penting dalam bebanyak sem.

Kalau korang nak tahu, aku bercakap memang semangat tapi tak bermaksud aku marah. Aku pun tak tahu aku kenapa aku macam tuh. Senang cakap itu memang sifat semulajadi aku. Takpe, lepas nieh aku sedaya upaya ubah cara percakapan aku. Insya-Allah!

Well hari ini, aku rase tulang temulang aku dah longlai nak fikir benda lain. So, aku nak tidor esok pepagi nak keluar beli tiket raya. Raya sudah dekat mayy! Sume olang suda booking tiket loh, gua jerk yang belom. Nanti kalau suda lambat, tidak berguna lagi. Tahu tak raya apa, raya cina la beb.

Sebelum aku terlupa, tadi kul 8.00pm cam tuh aku p turun uo nak keringkan baju. Makanya aku ngan semangatnya menarik satu bagasi baju aku yang lembab untuk dikeringkan kat uo. Appearent aku tadi memang rupe minah indon tertinggal bot. Aku jupe ira dak koke kiy dulu kat dobi. Masih kuat ingatanku padamu ira. So, duduklah aku sambil bace newspaper kat dalam tempat dobi tuh sampai kain aku siap. Tengah sedap bace paper tuh, ada foreinger tanya aku pasal mesin basuh. Aku pun teranglah ala-ala gitu jerk kat dier. Aku rasa dier dari china. Dia cakap kat aku dier 1st time guna mesin basuh tuh. Pastuh, dier ucap terima kasih kat aku ngan lorat dier. Tetiba lak aku rase dihargai.hehehe.

So, apapun yang terjadi pada hari ini sebenarnya akan mematangkan aku sebagai manusia di masa hadapan. Biarlah aku bertahan sehingga aku tidak mampu tertelan. Tiada lagi kekesalan dihatiku. Memang jiwang entry nieh, jangan muntah sudah kalau baca.

Thursday, January 6, 2011

akhirnya siap jugak

Akhirnya, baju aku berjaya dibasuh. Sudah sekian lamanye, aku nak membasuhnya tapi macam benda menghalang. Nak basuh semalam takda air. Alah semua itu tak penting semuanya alasan semata-mata.

Kalau yerk aku nak basuh baju, basuh jerk kat uo, lagi senang boleh kering terus tak payah sidai2 dengan cuaca Malaysia yang tak menentu sekarang. Kalau ikutkan, hari ini hari terakhir aku ambil air hidrolisis tuh. Makanya, kena buat analisis jerk lepas nieh. Mintak2 berjaya, dah tiada masa. Harap semuanya, berjalan dengan lancar.

sebak

Salam, hari ini aku sebak sendirian. Kenapa aku sebak, lemah jerk aku dengar suara orang paling penting dalam hidup tadi. Aku tahu dier sakit. Dier bagi tahu aku, suruh jimat-jimat duit. Dier tanya aku pasal tesis, aku jawab aku pening dengan tesis aku. Aku terlepas cakap sebenarnya tadi. Aku tak nak dier susah hati. Dier cakap kat aku, takde sape teman dier malam nieh. Kalau aku ada kat umah boleh jerk aku temankan. Dier suruh aku beli tiket balik kampung cepat. Nanti takda siapa uruskan. Aku janji, aku akan belajor rajin-rajin selagi aku termampu. Semoga dia sembuh dari kesakitannya, amin. Permudahkanlah ya-Allah.

Wednesday, January 5, 2011

cara-cara untuk menghadapi sifat malas

Malas, biasalah sifat nieh memang terdapat kat dalam setiap manusia. Walaubagaimanapun sifat malas ini boleh dihindari dengan melakukan beberapa tips berguna daripada saya. Mesti anda ingin tahu mana saya dapat info tentangnya. Ini adalah eksperimen yang dijalankan ke atas diri saya sendiri dan saya dapat melihat hasilnya ke atas diri saya.

Cara pertama, bila anda bangun pagi anda terus pergi mandi dan solat. Jangan sesekali tidur selepas solat. Sekiranya anda tidur, maka lemahlah mental dan fizikal anda untuk hari itu dan disebabkan itulah kita menjadi malas.

Cara kedua, gosoklah gigi anda. Ini kerana apabila anda menggosok gigi anda secara tidak lansung anda turut menggerakkan beberapa sendi atau otot untuk bekerja terutamanya otot daripada bahagian tangan. Sekiranya, otot-otot ini bergerak anda pun akan rajin menulis nota atau benda-benda lain yang berkaitan. Bila anda membersihkan mulut anda, mulut anda akan segar dan harum, menandakan anda berada dalam keadaan bersedia untuk melakukan pelbagai aktiviri.

Cara ketiga, jangan melewat-lewatkan solat. Saya percaya dan yakin terdapat ramai umat islam diluar sana melewatkan-lewatkan solat. Apabila kita melewatkan solat, akhirnya dengan mudah kita akan meninggalkan solat itu dan apabila kita pernah melakukannya sekali perkara ini akan biasa terjadi dalam diri kita. Seelok- eloknya, amalkan sembahyang secara berjemaah. Memang ianya begitu praktikal untuk diamalkan.

Cara keempat, anda belajarlah memasak. Memasak adalah perkara yang cukup menggembirakan bagi saya. Apa kata, anda cuba untuk rajin-rajin ke dapur untuk memasak atau melihat orang lain memasak. Dari situ, anda boleh belajar memasak tanpa anda sedari.

P/s: ada sambungan, tapi tunggu!

Tuesday, January 4, 2011

risau 3x

Salam, cerita petang semalam aku nak pesan pecal ayam k.misha tuh, sekalai leh plak aku msg kat k.misha tuh cam nie jerk ' salam, pecal ayam 1', hehehe. Bengong ape, name x tulis kolej punyerk name pon x tulis, hang ingat ape saejah. Pastuh pelagi, keneler lecture sikit ngan k.misha, tapi aku x merajuk, aku hantar balik msg lengkap aku kat k.misha. Terima kasih k.misha, pecal ayam akak memang sedap. Dan seperti biasa, aku menggunakan name glamor aku, shasha sebagai name pengantara aku dan k.misha, klazz gitu you all!

Biler aku dah jadi cam tuh, tandanyerk ape...tandenyerk aku dah penat. Mane tak penat dari pagi sampai ke petang duduk kat fat. Siap semalam ade hamba allah nieh datang kat aku tanyerk pasal dah daftar undi kew belom kat pmfst, agak2ler yerk nak buat duit pun. Tapi aku tak kisah, aku cakap baik2 aku dah daftar,hehhe.

Yang paling aku tak tahan aku dok ler mimpi bukan-bukan lately nieh. Memang mengarut giler mimpinyerk ade kaitan ngan tesis. Pagi nieh, bangun jerk tidor terus fikir tesis. Macam mana nieh, takkan aku nak buat satu analisis jerk. Aku tak tahu kome, cam ne nieh. Ini yang membuatkan aku sakit kepala. Adoi! kalau FTIR dah boleh siap awal aku tak kisah sangat nieh satu pon tak siap lagi. GC lagi ler aku tak tau, nak nangis rasenyerk omak. Apapun, mesti kena siapkan analisis sebelom bulan 2. Aminn!

Bukan nieh tesis jerk aku risau, aku risau abah aku lagi. Ya-allah sembuhkanlah bapaku dari penyakitnyerk dan tabahkan hatinyerk. Aku harap, hari2 seterusnya, akan dapat berjalan dengan baik dan lancar.




boleh saye tanyerk?

Saya ingin bertanyerk kepada anda, selalukah anda menggunakan ayat sebagaimana tajuk entry ini. Sure tak selaluu gunakan. Jangan kata korang aku pon tak bese guna. Sebab apa aku tak guna sebab aku malu.

Kenape kita selalu sahaja malu untuk bertanye soklan yerk, mungkin kita rase rendah diri atau malu dengan soalan yang bakal dilontarkan. Bagaimana mahu membuang perasaan sebegini yerk. Aku raselah kan kaedah paling sesuai ialah, kite tanyerk jerk soklan kat sesape dalam dunia nieh tak kire soklan tu bodo jerk. Dari situ, barulah kite tak malu... agaknyerk.

Aku kalau dalam kelas ke kuliah kew sejak dari sekolah rendah, memang aku tak pernah tanyerk lecturer. Kalau aku tak paham sekalipun, aku pepandai tumpang kengkawan aku yang bertanyerk. Aku nie orangnyerk, kurang berkeyakinan sedikit. Tapi alhamdullillah sekarang dah okey sikit.

So, sekarang nieh aku tengah belajar2 cara nak bertanyerk soklan ngan lecturer. Adakah aku berjaya, kalau nak tahu follow jerk blog aku nieh. Ini penting bila mana aku dah berkejaya nanti. Takot jerk nanti, ngan bos pon aku malu. Aku nie kan pemalu orangnyerk.

happy besday ciah, sweet 16 ya!

Ciah sape ciah. Ciah adik akulah weh. Aku nak ucapkan appy besday. Belajor rerajin bior jadi doktor. Nasihat aku, teruskan kecemerlangan dan ingat jase akakmu ini.hahhaha

Monday, January 3, 2011

tak pernah aku terfikir

Salam, aku nak borak 2 kosong nieh ngan korang. Aku nak citer sikit perjalanan hidup aku dari sekolah rendah ke universiti sekarang ini. Tapi ape kene mengena dengan tajuk entry kali nieh. Nak tahu kenelah bace entry nieh sampai abes dulu.

Dulu aku sekolah rendah sangat seronok. Tak tensen pon belajar. Sonok jerk. Aku dulu kat sekolah rendah takde ceciter pon nak dapat no satu, yang aku tahu aku p sekolah aku main-main. Kerja sekolah sure lah aku tak pernah buat. Wajip aku copy aku punyerk kawan.

Masih segar dalam ingatan aku, satu hari tuh cikgu BM aku namenyerk cikgu Fauziah dier kate...' murid2 saye nak awak hantar buku lat.BM pada esok hari ' aku dah menggeletar dah. Rasenyerk buku lat.Bm tuh sekali pun aku tak pernah hantar. Dipendekkan cerita, aku terpakse menyiapkan 5-7 karangan malam tu ugak. Sampai aku bermalam dalam bilik bapak aku bertanyerk pasal isi karangan ape yang nak ditulis. Kalau nak tahu BM aku memang teruk dulu. Akhirnyerk ciap, make aku pon hantar. Lega!

Walaupun aku nieh takde ceciter nak dapat no 1 dalam kelas, aku tingin nak jadi pelajar yang cemerlang tapi aku beseler suke bebenor memain. Biler naik sekolah menengah, ceciter aku nak masuk matrik jerk. Aku tak tau pon pasal belajor overseas2 nieh mase kat sekolah menengah dulu. Yeler sekolah kampung, mane ade pendedahan2 cam nie kat kampung. Adik beradik aku pon sorang pon tarak yang SBP, so mane gua tau pasal bende2 gini.

Okeyh lepas spm, make berjayelah aku masuk matrik pakai result spm. Aku nyerk result tak gempak pon, tapi orang kampung kate boleylah. Memang takleh lawan dak MRSM n SBP. Biler aku masuk matrik, ade sedikit perasaan rendah diri yerk... biler cikgu tanyerk kamu dapat berape a spm? kelu lidah ku disitu. Sabar jelah. Nak tahu ceciter aku kat matrik perk, aku nak masuk IPTA lah plak. Tak pernah aku terfikir boleh further study kat overseas guna result spm.

Make aku berjayelah masuk IPTA. Biler dah masuk U, aku baru tahu ader biasiswa JPA. Biler aku tahu, memang aku nyesal tak sudah. Sape suwuh tak belajor leklok kat matrik kan dah rugi2. Tapi aku rase kalau ade org bagi tahu pasal JPA nieh kat aku mesti aku belajor rajin2, hahah. Tapi aku rase pendedahan awal harus kerajaan berikan terutamanya rakyat macam aku nieh, bak kate orang rakyat yang baru nak membangun. Tapi kesimpulannya, semua yang berlaku pokoknyerk adelah dari kite sendiri.

So, nasihat akak untuk adik2 yang bersekolah harian biase, usah diukur name sekolah tempat kita belajar, yang penting kita ikhlas menuntut ilmu kerana Allah. Nama sekolah tak menjamin anda berjaya, percayelah! yang penting gigih berusaha, jangan main2 mase belajar nieh. Maka, berfikirlah selaluu ke mana arah tuju hidup anda dalam setiap langkah yang ingin anda buat. Yakin bahawa setiap dari anda, adalah insan yang pandai tapi kalau nak berjaya anda perlu asah kepandaian itu agar ia terselah. Ini benar-benar terjadi kepada salah seorang insan yang saya kenali.

Aku manusia bese2 jerk

Salam semua, hari nieh hari ke-3 sudah kita berada di tahun 2011. Hari nie, merupakan hari yang sukar bagi aku. Hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan aku ketika ini. Tapi aku tahu Allah telah sediakan yang terbaik untuk aku dan keluarga aku. Semoga aku dan mereka tabah menghadapinyerk. Ini ujian, sabar pasti ade hikmahnyerk. Allah itu maha pengasih lagi maha penyayang. Sabar............

Tapi camne aku nak simpan perasaan macam nieh, walaupun begitu aku syukur sangat2 masih dilimpahkan dengan rezeki yang melimpah ruah. Seronok hari ini dapat makan nasik lemak k.ajirah belanjerk, makasih ya kak. Kebetulan sebenarnyerk tadi, aku ke pusanika tetibe lalu depan kedai nescafe then teringin makan n.lemak.

So, gua pe lagi dah ushar nasik lemak tuh baik punyerk, tetibe ade orang sondol2 aku nyerk ponggong kan depan kedai. Sib bek pompuan, kalau jantan aku tak tahuler cam ne. Dalam hati aku, dah ngate dah kat pompuan neh, minah neh kenape?kalau nak membeli pon bawakler sabor. Rupa-rupanyerk kat ajirah, hahha. Pastuh, kiteorg pon sembang-sembang jap sambil makan n.lemak. Sonok sebenanyerk borak ngan k.ajirah, tapi disebabkan misi petang tadi harus dipercepatkan langkahnyerk.

Terima kasih kepada fathah, dier bawak kopok lekor. So, aku ditugaskan untuk menggoreng kepok lekor tadi. Perhh! sedap ditambah pula dengan air teh panas. Tetibe teringat zaman kat matrik minum air teh cicah roti beramai-ramai, memang best! sonok sebenarnyerk kalau kite wat makan2 ngan kengkawan neh. Lepas tensen segale. Kalau de rezeki lebey nanti, leh kite wat masak2 yang len plak sebelum nak habis final year nieh. Selain tuh, dapat mengeratkan silaturahim sesame insan.

Saturday, January 1, 2011

kucing lagi

Nape kucing lagi, sebabnyerk aku windu nak jumpe kucing aku nieh. Deme sume kat umah. Mesti ngah tidor sekarang. Sebab kucing aku kat umah semua kuat tidor dan makan. Kalau nak tau dier nieh paling cumel kat umah aku. Hobi dier makan telur mentah. Aku pon tak paham.

Mase nieh dier ade kat luar rumah nieh. Tengah nengok ape entah. Kalau ade kucing nieh satu jerk yang susah sikit iaitu kalau kencing n berak lah, then kalau bapak aku nak kuar parking jerk mesti deme nak kejor tayar kete, kang mati kene lenyek kang.

So, biler berlakunyerk keadaan begitu salah sorang drpd penumpang kereta harus menjadi rela sekejap tuk halau kucing tuh daripada mengejar tayar. Nakal betul kucing-kucing aku. Aku nieh yang sebetulnyerk takdelah suke kucing sangat, tapi kalau kucing aku mati aku nangis walaupon hub. aku ngan kucing tuh takdelah rapat sangat. Itu jerk yang aku nak citerk, hahah.

Kalau ade kesempatan akanku ceritakan pulak seekor lagi adik beradik deme neh. Ops! terlupe plak nak bagi tau yang atas nieh name iyerk, panjang@anjang. Nama-nama kucing aku kat umah sume cam name orang asli, antaranya entoi, nompok, anjang, kentoi, kembang, dnemok dan cam-cam lagik ade dan yang paling sedapler aku rase dergiauw. Mana entah dergiauw nieh menghilangkan diri.

kucing aku fotogedik tau!

Hai sume.... semoga kita diberi kesihatan yang baik yerk, amin! entry kali nieh aku nak cerite pasal kucing aku nieh. Name dier entoi. Nape name iyerk entoi, sebab ekor dier paling kontot dalam adik-beradik dier. Aku rase dalam adik beradik dier dier jerk yang pandai buat mimik muke cam comel, hik2. Mari kite saksikan entoiku bergambor. Lame betoi aku tak jumpe ngan dier sure dah besor.

hai... garang tak muke teman, teman nak nasik tapi tuan teman tak bagi. Nak nasik.....nak nasik, kan teman dah merajuk. Aku bukan mintak wiskas kerk, aku mintak nasik... nak nasik ngan ikan goreng!

okeyh, tak bagi takpe.. ade ubi ade batas ada hari teman balas. Tak bek tau buat teman gini, tak kesian kew buat teman kelaparan ginieh. Tuan entoi: nak nasik nyanyi lagu negaraku dulu, sebab aku dulu kat plkn, kalau nak nasik kene nyanyi lagu negaraku.

Maka, entoi tanpa berlengah nyanyiler lagu negaraku mengikut kehendak tuannyerk. Tengok muke dier, penoh perasaan dier nyanyi menunjukkan betapa dier sayangkan malaysia nieh...hehehhe. P/S:Jangan paksa kucing anda buat aksi ini, merbahaya!