Friday, December 31, 2010

masihkah kau ingat

Yerk kengkawan masihkah kalian ingat akan benda biru dibawah ini. Inilah kristal biru yang dr.k cakap tuh. Sekarang sudah ada bukti teman2 bahawasanya, kite memang dah pernah buat eksperimen ini. Kalau tak silap aku, kite buat neh sem 3 tahun 2. Kalau tak ingat gak, lu fikirlah sendiri.

inilah dier benda biru tuh, cantik warnanya. Tapi apakah name benda ini. aku pun dah lupa dah! inilah antara sebab aku ingat mase dr.k ajar tuh sebabnyerk aku pernah bergambor dengan bende nieh rupenyerk, hehehhe
Kalau korang nak tau, aku dah menggetar dah, waktu korang sume cakap yang korang tak pernah pun buat eksperimen nieh. Sib bek aku betul, hahhahah. So apa yang penting, kite perlulah sentiase confident walaupun kite tahu kita akan salah. Salah tak ape, tidak bermakna anda bodoh tapi sekurang-kurangnya anda mahu mencuba. Dan apabila mencuba, anda adalah sebenarnya dalam proses pembelajaran.

Dalam hidup nie, sampai nak mati pun nanti kite akan diajar tau. So, pelagi teman2 jangan malu untuk menyuarakan pendapat anda tapi sebenarnye aku pun pemalu. Macam mana tak nak bagi jadi pemalu erk, aku pon tak tahu. Aku selalu jadi pemalu pada waktu yang salah, tapi aku tak jadi pemalu pada tempat yang betul. Anyone please, raise your hand if u know to help me!

selamat datang 2011

Alhamdullilah, masih diberi peluang daripada yang di atas untuk menghirup udara tahun 2011 hari ini. Apa yang berlaku 2010, biarkan ia berlaku semoga kedatangan tahun baru ni dapat memberi satu lembaran kehidupan saejah.

Aku harap semua ahli keluarga aku perolehi kesihatan yang baik dan kebahagiaan tahun 2011 nieh. Kesihatan adalah penting untuk menjamin kehidupan yang bahagia. So saejah jaga kesihatan. Jadikan ape yang telah berlaku sebagai asas kesedaran ingat, jangan hangat2 tahi ayam jerk.

Patutlah, aku terlalu sedih semalam rupanya aku nak datang bulan. Aku kalau datang bualan mule ark nak emo tak tentu pasal, serius punyerk emo. Pastuh mule ark suke fikir benda2 negatif. Harapan tahun 2011 nieh, aku harap aku dapat siapkan tesis tepat pada waktunyer dan berjaya dapat A, dapat grade dengan pngk 3.00 ke atas, dan dapat kesihatan yang baik dan dapat bagi 100% study. Saejah usaha, jangan malas. Solat jangan tinggal. Dahulukan solat sebelum benda lain.

Wednesday, December 22, 2010

aku kecewa...tapi tak rase ape-ape

Hari ini aku rase kecewa, tapi aku tak rase ape-ape. Apakah jenis perasaan aku ini aku pon tak tahu. Tapi hari ini, rasa penat sangat. Adakah ini pembalasan bagi dosa-dosa aku yang lepas. Apa yang aku dapat katakan, sabar sahaja dan terus berusaha selagi nyawa dikandung badan.

Jika kita merasai tiada orang yang menyayangi kita di atas muka dunia ini, ingatlah Allah sedang menyayangi kita. Jangan mudah mengeluh, usaha dan doa wajip diteruskan.

Aku tak paham mengapa mesti orang suka sangat salah paham dengan aku, aku juga manusia biasa aku bukan malaikat, sure dia kata aku tak mengenang budi. Aku pun tak paham, maybe ini ujian yang Allah turunkan kepada aku. Aku mahu bagaimana lagi, ini memang nasib aku dan aku mesti serta wajip bersabar. Kalau ini ujian aku redha ya-Allah.

Ya-Allah tunjukkan aku jalan yang benar, kau bantu aku nak pilih jalan yang benar atau salah. Aku insan yang lemah yang mempunyai nafsu yang pelbagai. Aku mohon padamu bantu aku. Aku akan mengerah cuba sedaya upaya sabar...sabar...sabar.... Ada hikmahnya dalam setiap apa yang terjadi. Hanya Allah yang tahu. Jangan mengeluh, tapi cuba bersabar dan berdoa.

Saturday, December 18, 2010

tutorial bagaimana nak berenang kat UKM

Hi kengkawan, pe kabor, sehat sumenyerk... harap-harap sehat hendaknyerk. Yerk hujung minggu nieh elokler kiranya kita beriadah mengeluarkan peloh walaupun setitik. Semalam saejah berjaye ugak pergi berendam kat swimming pool UKM, bukan ape aku kan dah nak tamat belajor so, wajip ark rase air kolam tuh.

Aku pasti ramai giler dak UKM tak tahu care2 nak masuk kolam tu kan. Cara-caranya begini, kolam tuh. terletak kat danau. Waktu operasi dari hari selasa hingga ahad, jam 4pm-7pm sahaja. Bile sampai jerk kat kolam, kene bayor rm 4.00, rm 2.00 bayaran masuk n rm 2.00 untuk cap untuk berenang-renang di dalam kolam.

Tapi bagi yang dah ade cap bayor masuk jelah rm 2.00. Lepas tu, bolehler terjun ke dalam kolam dengan jayenyerk. So, sume dah tahu cara-caranyakan, pe lagi marilah bersama-sama kiter terjun kolam, hehhehehe. p/s: satu jerk aku tak suke kolam nieh, dier campur laki ponpuan..... no bubble!

Friday, December 17, 2010

entahlah apa nak jadi

Hi korang2, aku xdelah busy benor tapi besalah malas tu sebab lame dah tak update blog. Kenape entah aku asyik nak emo jerk skang neh, maybe hormon datang bulan nak menjelma so, no wonderlahkan.

Lagi sehari jerk lagi countdown, maka bermulalah sem terakhir aku kat U. Perasaan kalau ditanyerk nak kate gembira tidak kerana fyp tak ciap agi, dah tu kena ciapkan jugak mengikut mase yang ditetapkan kerana nak kene terus buat LI selepas habes sem akhir neh. Bagaimana harus aku menghadapinyerk, semoga aku tabah dan dapat menyiapkan fyp dengan cemerlang.

Kenape U aku buat sistem macam nieh, patutler student bunuh diri meh sebab2 tekanan jiwa dan perasaan yang tidak dapat dibendung betul x? kenapelah dier tak tambah agi subjek psikologi biar banyak sikit jam kredit yang wajip dihabiskan untuk mendapat segulung ijazah. Walau apapun yang terjadi pasti ada hikmahnyer, so kawan-kawan bersabar okies.

Saturday, December 11, 2010

tutorial nak pergi Melaka dari Ukm tanpa kereta

Weh sume yang mengenali saejah, tak kenal pun tidak mengape.. lame2 t leh kenal jugak.heheh. Aku baru jerk sampai ukm dari melake. Pergi sendiri beb! survive tak aku. Pergi sane, coz ade kakak kawan saejah kawin.

Best woo dapat makan nasi free... sedap lak tuh...hahah, tapi sebenarnyerk bukan itu objektif saejah turun Melaka yerk, saje mahu belajar cara2 bagaimana mahu bersosial sesama masyarakat.

So, kepada sesape yang mahu ke Melaka dari Ukm boleh ikut care2 seperti yang tertera di bawah ini. Sape yang dah tahu, tak yah tengok pon takpe. Tapi kalau salah dan mungkin ade care yang lagi cepat atau lebih relevan lagi boleh bagi komen kat entry nieh. Sekian, terima kasih.

1) Mule2, beli tiket komuter ke Seremban Rm 4.20. Lepas tuh, kene pergi ke terminal yang kat seberang tuh. Lepas tuh, tunggulah train sampai. Bile train sampai, naiklah train tu dan ingat couch tengah adalah untuk wanita sahaja, hehehhe.

2) Untuk sampai Seremban korang wajip lalu 5 stesen sebelum sampai, tapi aku tak ingat name2 stesen nyerk. Dalam mase 35-45 minit sampailah ke seremban.

3) Pastu, korang akan sampailah ke Seremban. Turun jerk dari train korang ikut jerk susur gajah, jalan kaki jangan berhenti sampai nampak stesen bas. Name stesen bas tuh, stesen bas terminal 1 kalau tak silap aku.

4) Then, korang boleh beli tiket bas ke Melaka terus kat situ. Cam aku beli tiket transnasional Rm7.00. Yang aku peliknyerk, kat dashboard depan kedai tiket tuh tulis rm6.90. Tapi dalam tiket tulis, rm0.10 skim perlindungan diri. Lantaklah ko transnasional. Kalau korang boring nak tunggu bas tak jalan lagi, boleh pergi jalan2 kat giant dekat jerk ngan terminal bus tuh sebelah jerk.

Perjalanan dari Seremban ke Melaka hanyalah mengambil masa dalam 1 jam 430 minit. Dier akan jadi lebih cepat jika, tiadanya traffic light. Yang aku dapat perhatikan, kat Melaka nieh banyak sangat dengan traffic light, dahler banyak lame lak tuh. Patutlah orang Melaka ramai penyabor orangnyerk...hehheh. Jangan marah yerk orang2 Melaka. Aku terkena kejutan budaye jerk sebenarnyerk.

Last words, selamat sampai ke negeri Melaka bandar bersejarah dengan selamat dan penuh berhemah, ingat pepatah melayu ada mengatakan ' hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri ', ayat yang selapasnya pepandailah korang buh sendiri aku lupe.

Thursday, December 9, 2010

syukur.....tiade gunenyerk menyesal

Sesal dulu pendapatan, sesal kemudian tidak bergune. Yerk memang kene pepatah melayu nie kat muke aku. Ituler dulu tak nak belajor bebetul, sekarang padan muke aku. Result sem 5 baru jerk kuar tadi. Berdebar tu jangan cakapler, hanya Allah yang tau.

Apapun aku syukur. Alhamdullillah, sebabnyerk aku memang tak boleh buat elektrokimia hari tuh, sampai aku nangis2. Biler kuar result, memang aku terkejutler. Aku ingat aku dah fail dah. Sebabnyerk aku ade tinggal 1 soklan.

Lagi satu kinetik ngan reaktor yang nieh memang aku tak leh nak buat, aku tak tauler ape yang aku merapu , mase jawab ri tuh. Memang betul ler prof bo cakap aku neh kurang berfikir petang tadi. Kalau aku berfikir sekarang pun tidak ade gunenyerk lagik.

Hanya ada satu sem jerk lagik, yang nieh memang kene buat betul2. Aku kene banyak bertanyerk dah sekarang. Tak boleh ark buat berat mulot, kene ringan mulot. Jangan malu untuk bertanyerk. Dan lagi satu mesti kene sabar dalam menuntut ilmu. Saejah usaha lagi untuk sem terakhir. Yang dah lepas tuh biar lepas. Mesti mahu pandang terus ke hadapan. Takbir 'ALLAHUAKBAR'!!!!!!

Wednesday, December 8, 2010

Kebetulan diviva sekali lagi

Tragik tak tajuk entry kali nieh. Aku kena viva sekali lagik secare free tadi.... terima kasih Prof....! soalan dier asas jerk, tapi aku nieh dah lame tak study PU. Tau buat jerk busa tuh.

Ceritanya bermula apabila aku dan ros pergi makan tgh ari kat cafe fst. Hari ini pun takdelah ramai orang makan sangat, bese2 jerk... tapi dalam kul 1.15pm camtulah. Nak dijadikan cerita aku ngan ros ngah sedap makan nieh, tetibe ade satu suare dan ayatnyerk bunyik lebey kurang begini ' saye pernah ajar kamu kan ' aku ngan ros jawab: ' mestilah pernah '. Maka makanlah kami bertiga di bawah satu payung dengan begitu berselera sekali. Dier cakap tak syok makan sengsorang.

Waktu tue, aku nie nasik dah tinggal separuh dah. So, sambil makan sambil sembang-sembang ngan Prof... itu. Sekali, keluar ark cerita tesis. Dier tanyerk, kamu dah buat ape cuti neh.. aku jawablah aku buat PU dan dier tanyer aku bawah sape... aku jawab ler semua soklan tuh dengan jayenyerk. Lagi dier tanyerk, ape maksud PH? aku agak gabra disini. Series, aku rase cam kene viva kali ke-2 jerk. Lebey kurang 25 minit ugaklah kene viva free hari ini, heheheh. Satu pengalaman tahun akhir yang tidak akan ku lupakan.

Sekali prof pon abes makan. Biler dier abes makan jerk keluarler semue soklan yang aku tak leh jawab. Aku pon bawak buku oren aku tuh tunjuk kat dier. Memang aku cari nahasler weh! banyak bende aku tulis silap weh, dalam hati aku cakap habislah aku kali nieh. Tapi bende penting yang prof bagi tahu aku tadi, kenape x bandingkan dengan menggunakan PU yang dah digunakan dalam pasaran jerk.

Betul ugak tuh, tak pernah pon terpikir. Dier pon cakap PU nieh sukar didegradasi, kalau yang memang terbiodegradasi lainlah. Pastu, dier cakap air tuh tak payahlah sintesis. Bukan dapat apapun. Patutlah, aku tengak dak master buat rendam terus dalam tasik. So, kesimpulannya di sini saejah pergi bace jurnal sekarang, pergi kaji stuktur PU tuh lagik biar betul2 paham.