Wednesday, December 22, 2010

aku kecewa...tapi tak rase ape-ape

Hari ini aku rase kecewa, tapi aku tak rase ape-ape. Apakah jenis perasaan aku ini aku pon tak tahu. Tapi hari ini, rasa penat sangat. Adakah ini pembalasan bagi dosa-dosa aku yang lepas. Apa yang aku dapat katakan, sabar sahaja dan terus berusaha selagi nyawa dikandung badan.

Jika kita merasai tiada orang yang menyayangi kita di atas muka dunia ini, ingatlah Allah sedang menyayangi kita. Jangan mudah mengeluh, usaha dan doa wajip diteruskan.

Aku tak paham mengapa mesti orang suka sangat salah paham dengan aku, aku juga manusia biasa aku bukan malaikat, sure dia kata aku tak mengenang budi. Aku pun tak paham, maybe ini ujian yang Allah turunkan kepada aku. Aku mahu bagaimana lagi, ini memang nasib aku dan aku mesti serta wajip bersabar. Kalau ini ujian aku redha ya-Allah.

Ya-Allah tunjukkan aku jalan yang benar, kau bantu aku nak pilih jalan yang benar atau salah. Aku insan yang lemah yang mempunyai nafsu yang pelbagai. Aku mohon padamu bantu aku. Aku akan mengerah cuba sedaya upaya sabar...sabar...sabar.... Ada hikmahnya dalam setiap apa yang terjadi. Hanya Allah yang tahu. Jangan mengeluh, tapi cuba bersabar dan berdoa.

2 comments:

Mollek said...

Sabar ye saejah.. u are not alone.
Dalam susah mahupun senang. Allah sentiasa dekat. (^^)

saejah said...

terima kasih mollek.... entahlah, sabar jelah