Yerk, semangat aku dah datang balik. Jaga-jagalah korang kalau semangat dah membara-bara nieh. Fuh... statement berani mati. Aku semangat sangat nieh bukan apa, tadi aku buka you tube pas tuh tetiba teringin nak dengar lagu ' fikirkan boleh '.
Best owh lagu nieh, then terbukak pulak piala thomas 1992. Waktu nieh kan Malaysia menang. Kalau tengak dorang rase bangga giler owh, nak menitis air mata aku terharu. Kalau skuad badminton negara boleh, kenapa pulak aku tak boleh siapkan tesis aku. Pedulikan cakap orang lain, buat jerk ' tabah apa kau usahakan '.
So, moto baru dalam hidup aku " ENGKAULAH APA YANG KAU FIKIRKAN ", pokok pangkal kejayaan seseorang itu aku rase berpunca niat dan kepala otaknyerk. Fikir-fikirkan, selamat beramal. Copy tag line Prof. Iezy Hj Ali. Jangan marah yerk Prof. tiru tag line.
Korang pun kalau tak semangat bukak you tube dengar lagu nieh. Memang best dan sangat bermotivasi lagu nieh. Aku rase, kalau ada sesape dah ciap nak bunuh diri kalau dier dengar lagu nieh mesti tak jadi bunuh diri hehhehe. Gurauan di situ.
Apapun rakan-rakanku marilah kita bersemangat menyiapkan tesis. Bukan setakat tesis jerk, semangat menjalani hidup ini walaupun banyak cabaran yang mendatang tanpa kita undangi.
4 comments:
engakau boleh!!!!
wah, aku pun rasa bersemangat tiba2.
go! go! go! shasha!
molelek: weh malas weh...aku dok atas katil jerk cam penyu, dok online jerk. tapi dah semangat dah..heheheh
HAHAHAH... wahai cik penyu, belayarlah ke lautan. jangan lah mengeram lama2 di atas katil.hihihihih
tak boleh, ada telor mahu dieramkan. dah macam mak ayam plak..hahhah
Post a Comment