Sape raja pecut, adik beradik ngan raja kapoor kew? eh mane boleh adik beradik ngan raja kapoor sebab yang jadi raja pecut tu sape lagi akulah orangnya, hehehe. Nak citer jerk aku memang hebat pecut memecut keluar dari kuliah. Mesti korang terkejut punyerk aku memang cepat lesap kalau kelas habes. Itu memang hobi aku. Selalunyalah kan, time aku pecut dan memecut nie, adalah jika aku desperate sesangat nak ke suatu tempat memang aku tak hingat orang dah. Janganler nak panggil nama aku, aku tak toleh punyerk.
Nak cerita, petang tadi lepas sajerk kelas prof. Lee keluar jerk dewan kuliah aku terus amik langkah seribu nak pergi jumpa Tun Seri Lanang. Muka tun hari ini agak muram. Kerana ape, aku bertarung nak sampai cepat nak jumpa tun hujan nak turun ngan kilat sambar menyambar. Korang pun tahu aku tak suka guruh, kilat dan tangga. Berapa banyak tangga aku wajip lalu sebelum dapat bertemu tun dari DAM.
Dah ark nak hujan, aku tergedik-gedik turun tangga dengan kasut buaya putih aku tuh dah ark licin. Nasib baik tak jatuh. Kalau tak memang aku pengsan jerk kat tengah jalan malas nak jalan dah. Tapi dengan berkat dan doa dari kalian2 semua aku berjaya jugak bertemu dengan Tun Seri Lanang.
Maka berdatinglah aku dengan tun dalam 3 jam cam tuh. Tepat jerk 3 jam aku dating kurasakan tenaga aku dah semakin berkurangan ibarat lampu berkelip-kelip di dada ultraman dan aku memutuskan untuk pulang. Perutku bergendang lapar. Tapi bile dapat makanan tak selera pulak. Nampak sangat nafsu semata-mata.
So, kesimpulannya kepada sesape yang nak ikut aku berdating dengan tun hari sabtu ini sila berikan respond anda melalui comment dibawah. Respond segera amatlah diharapkan. Entah ape2 entah aku merapu. Nite semua! aku letih sangat hari ini.
No comments:
Post a Comment