Salam, hai semua. Penat dan sengal-sengal bahu aku okeyh, mana taknyerk semalam aku p PD. Bantainyerk semua aku lenjan main mahu tak penat. Dahler tak buat warming up dulu. Yang aku sempat buat warmkan perut aku jerk,heheheh.
Semalam aku main kayak dan banana boat. Best.. tapi once dah jatuh dari banana boat nak naik balik tuler yang aku malas. Yelah aku kan berat. Tapi kalau dikenang-kenang semula memang lucu kot.
Yerk berbalik kepada topik kite, janganlah kita bermegah-megah dengan apa yang kita ada. Itu akan membawa kepada sifat menunjuk-nunjuk dan seangkatan dengannya. Ingatlah wahai sahabat hidup kite di dunia tak lama, entah esok lusa kita mati. Sudah cukup agaknya amalan kita untuk bekalan akhirat.
Semua nikmatnya hanya pinjaman, bila-bila masa kalau di atas mahu menariknya pun boleh. Marilah kita bersama ingat mengingatkan. Ketahuilah kamu bahawanya mati itu pasti jadi buat apa nak megah sangat.
No comments:
Post a Comment