Wednesday, January 19, 2011

misteri kehilangan aku

Jangan ditanya ke mana aku menghilang tanpa jejak selepas kelas. Aku tak kemana, aku hanya di sekitar UKM. Jauh mana aku dapat pergi dengan ketiadaan kenderaan bermotor. Tapi aku bersyukur kerana dikurniakan kaki yang laju bila berjalan.

Tulah pasal, bila sahaja kelas habis selalu aku jalan laju2 menuju tempat rahsia, eh takdelah ke lab lah beb. Asallah korang tak jumpe aku yang besar alam nieh. So, kalau nak cari aku lepas kelas aku besenyerk ke lab , pmfst or surau. Itu memang tempat rasmi aku melepak.

Aku tau bukannyerk ada sapa nak cari aku, just for your information jelah, mane tau tetiba nak topup nak pinjam duit or nak memberitahu ketidakpuasan hati terhadap aku kew manelah taukan. Kalau aku boleh bantu aku bantu.

Aku ingat pas grade nanti aku nak jual batu. Jangan terkejut nanti aku jadi usahawan yang berjaya. Aku ingat aku memang nak berniaga biler dah grade nanti. Sebab ape aku nak jual batu, sekang nieh aku dok pening ajerk nak cari batu yang bersih.

Kalau difikir-fikirkan batu ini tak penting tapi sebenarnyerk ia amat dicari-cari oleh manusia terutamanya untuk menghias laman or kolam ikan. Allah juga pernah berfirman, bahawasanya 9/10 rezeki itu datang daripada berniaga. So apa lagi mari berniaga. Semoga aku berjaya menjadi usahawan yang berjaya. Mane aku nak sewa kuari kat malaysia nieh yerk?

No comments: