Malas, biasalah sifat nieh memang terdapat kat dalam setiap manusia. Walaubagaimanapun sifat malas ini boleh dihindari dengan melakukan beberapa tips berguna daripada saya. Mesti anda ingin tahu mana saya dapat info tentangnya. Ini adalah eksperimen yang dijalankan ke atas diri saya sendiri dan saya dapat melihat hasilnya ke atas diri saya.
Cara pertama, bila anda bangun pagi anda terus pergi mandi dan solat. Jangan sesekali tidur selepas solat. Sekiranya anda tidur, maka lemahlah mental dan fizikal anda untuk hari itu dan disebabkan itulah kita menjadi malas.
Cara kedua, gosoklah gigi anda. Ini kerana apabila anda menggosok gigi anda secara tidak lansung anda turut menggerakkan beberapa sendi atau otot untuk bekerja terutamanya otot daripada bahagian tangan. Sekiranya, otot-otot ini bergerak anda pun akan rajin menulis nota atau benda-benda lain yang berkaitan. Bila anda membersihkan mulut anda, mulut anda akan segar dan harum, menandakan anda berada dalam keadaan bersedia untuk melakukan pelbagai aktiviri.
Cara ketiga, jangan melewat-lewatkan solat. Saya percaya dan yakin terdapat ramai umat islam diluar sana melewatkan-lewatkan solat. Apabila kita melewatkan solat, akhirnya dengan mudah kita akan meninggalkan solat itu dan apabila kita pernah melakukannya sekali perkara ini akan biasa terjadi dalam diri kita. Seelok- eloknya, amalkan sembahyang secara berjemaah. Memang ianya begitu praktikal untuk diamalkan.
Cara keempat, anda belajarlah memasak. Memasak adalah perkara yang cukup menggembirakan bagi saya. Apa kata, anda cuba untuk rajin-rajin ke dapur untuk memasak atau melihat orang lain memasak. Dari situ, anda boleh belajar memasak tanpa anda sedari.
P/s: ada sambungan, tapi tunggu!
No comments:
Post a Comment