Tuesday, March 19, 2013

Bingo!!!!!

Huish buhsan 2x, anda mesti seringkali buhsan tiada kerja di office. Apa perlu dibuat yerk? terutama anda yang sedang buat latihan industri di mana-mana syarikat sama ada swasta mahupun kerajaan. Lagi ramai main lagi best


' BINGO '



Aku sarankan korang main 'BINGO' best tahu. Alah permainan 'BINGO' nieh selalu dimainkan di sekolah betul tak waktu zaman berhingus tanpa mengira waktu. Aku dulu selalu main bila cikgu takde dalam kelas. oklah, tu jerk aku nak bagi tahu, kalau kalian semua buhsan di kantor sila bermain 'BINGO' bersama teman anda.

Monday, March 18, 2013

durian di kebun bapak ku

Entry nieh sebenarnya lama dah nak buat tapi baru sekarang aku ada kesempatan. Ini adalah gambar-gambar pemandangan sewaktu musim buah buahan tahun lepas. Ini merupakan musim buah buahan yang paling best aku penah rasa selama aku hidup atas dunia nieh, sebab semua pokok durian atas kebun bapak aku berbuah lebat kesemuanya.


ini buah durian bewarna hijau. Aku panggil durian nieh durian hijau

ni pun durian hijau jugak

lain sikit, ni durian kuning

durian lagi
Waktu ni memang best, setiap hari bapak aku berulang dari rumah ke kampung untuk jenguk pokok durian. Selalunya kami gerak daripada rumah pukul 5.15am, sebab jarak dari rumah ke kebun dalam 45 minit perjalanan menaiki kereta. Kalau sampai lambat takut durian hilang di ambil orang. Bapak aku kata, durian yang hilang tuh dia halalkan aje


dan lagi, ni mak aku ngah angkut durian untuk bagi aku makan  hehehhe
Mak akuler orang paling kuat dalam family aku untuk mengutip durian. Kalau tak ada mak aku susah kitaorang. Yelah, sapa lagi nak di harap nak bukak durian nieh seterusnya dibuat tempoyak kegemaran ramai. So, aku berdoa kepada Allah supaya pokok-pokok durian bapak aku nieh menjadi lagi sepertimana kejadiannya tahun lepas. Ok, itu jerk aku nak citer.

lidah lembu yang delicious


Aku nak tanya korang, dalam banyak-banyak lidah lidah binatang mane yang boleh dimakan dan sangat sedap rasenyerk? Jawapannyerk adalah lidah lembu…sedap weh, hari raye korban mak aku beli lidah lembu nieh rm 30 sekilo. Mahal kan 5x.

Selalunyerk, orang buat lidah lembu nieh masak kicap, pedas, rendang, tomyam (aku melawak jerk, lawak tak hahhahahha) dan macam-macam lagi.Tapi mak aku goreng ngan kunyit jah sedap jugak. 

Rasanyerk, macam makan lempung pun ada, macam pedal ayam pun ada kalau nak tahu rasa dia yang sebenar korang kenalah beli lidah lembu sendiri atau order jerk kat kedai makan tapi jarang nak ada yelah lidah lembu bukan senang nak dapat.

Seekor lembu hanya dapat membekalkan seketul lidah, bukannya banyak sangat seketul lidah (aku tak tahu betul ke tak peribahasa seketul lidah nieh). 


ermmmmmm apa benda nieh?


Lidah lembu nieh kalau ditengok sebelum ianya dimasak memang menggelikan bukan mengiurkan. Kalau tak percaya mari lihat gambar-gambar yang aku ambil khas untuk korang yang mana tak tahu rupa lidah lembu mentah yang belum dimasak.


inilah dia lidah lembu yang lazat, mesti lembu nieh hisap rokok sebab lidahnya  bewarna kelabu hehhehe

amacam panjang tak lidah lembu ni
So, semua dah paham yerk subjek kita pagi ni tentang lidah lembu. Kepada sesapa yang tak pernah rasa lidah lembu nieh silalah rasa sangat 3x lazatnya, marvelous!!!!

Sunday, March 17, 2013

pokok timun jepun yang boleh di tanam di Malaysia


Timun jepun adalah salah satu tumbuh-tumbuhan yang agak mahal di Malaysia. Alhamdulillah aku dah berjaya menanam sepokok pokok timun jepun yang agak sihat dan berjaya mengeluarkan sebiji buah timun jepun yang agak sihat jugak. Seronoknyerk hanya Allah yang tahu.

pokok timun jepun kesayanganku, adik aku kate nieh  pokok  ' Zuccini '  betui ke idak  korang check kat tenet sendiri, hehehhe. Tapi aku rase 'Zuccini' ngan timun jepun adalah berbeza


Sebab apa aku gembira, sebab ini pokok timun jepun pertama yang aku tanam. Aku kalau stress aku cepat-cepat keluar rumah tengok pokok timun aku nieh, lepas jerk sesaat dua aku nengok pokok timun terus aku rase happy, hahahha.

Kalau korang tak caye pegi tanam pokok timun korang sendiri. Aku nieh memang pencinta tumbuh-tumbuhan terutamanya sayur-sayuran dan tumbuh-tumbuhan. Tapi yang aku paling suke tumbuh-tumbuhan yang mengeluarkan buah.

Cara-cara aku tanam pokok timun jepun ini adalah aku buat anak benih dulu dalam pasu. Then, after 5 hari macam tuh hiduplah pokok timun nih 7 pokok. After 1 week dalam pasu, aku ubah lak kat atas tanah (note: bukan aku yang ubah mak aku yang ubahkan). Waktu nieh yang problem, daripada 7 pokok yang hidup kini hanya tinggal sepokok jerk yang hidup.

pokok timun yang berusia 5 hari

Aku rase pokok timun nieh mati akibat persaingan hidup yang terlalu sengit, yelah pokok timun aku nieh bermati-matian berlawan ngan siput babi. Maka tinggalah sepokok timun jepun aku. Alhamdullilah…


pokok timun jepun yang berusia 50 hari

So, sekarang aku menunggu hari untuk makan buah timun jepun aku yang pertama. Macam menunggu hari baby keluar lak. Next entry pasal tumbuh-tumbuhan maybe pasal jambu madu belakang rumahku, nantikan...

Sudah jadi Tunangan Orang

Assalamualaikum,

Alhamdullillah masih diberikan peluang oleh Allah s.w.t untuk menjadi khalifah bumi. So, tahun 2013 nieh diharapkan menjadi lebih bermakna untuk diri sendiri dan kaum kerabat terdekat.

Baru-baru ni, sepupu kesayangan saya sudah dipinang orang pada 02.03.2013. Majlis berjalan dengan lancar sekali. Tatapi sedikit penat, kekurangan staff. Semasa, majlis pinangan berlansung aku duduk dalam bilik jerk makan rojak...burok no perangai, hahhahah. Warna tema 0ren.

Bercakap soal hantaran pulak, lelaki bagi 5 berbalas lebih daripada 20 hantaran daripada perempuan. Mana tak nya mak sedara, kaum kerabat banyak bagi. Adat orang Perak, mak-mak sedara or kenalan rapat mestilah membawa buah tangan untuk dibuat hantaran kepada pihak lelaki. Maka untungler  sesapa yang pergi meminang orang Perak nieh 

 Manis di hari pertunangan


Menu makanan pulok, nasi putih, ayam masak karipulay, daging taucu ( ini adalah sangat stone n meletop-letops bak kate Neelofa), ulam-ulaman bersama kawan karibnyerk sambal belacan (5 star), lemak nangka, tempoyak ikan patin dan tidak lupa jugak air oren serta desert rojak n bubur kacang. Aku makan 2 x tambah. tak malu kan 2x, ibarat kata Khir rahman dalam 'Rock O'.

mari makan bubur kacang, (aku terduduk akbat kekenyangan melampau)


Walaubagaimanapun, kiteorang terpaksa balik awal sebab cik mat aifa lak nak melawat rumah. Beseler, rumah kalau buat sendiri maintainance tinggi. Maka balik ler kami ke Seri Iskandar jam 4.20 pm. Apapun, kita tunggu lak majlis Walimatulurus sepupu aku nieh tahun depan Insya-allah.