Alhamdullillah masih diberikan peluang oleh Allah s.w.t untuk menjadi khalifah bumi. So, tahun 2013 nieh diharapkan menjadi lebih bermakna untuk diri sendiri dan kaum kerabat terdekat.
Baru-baru ni, sepupu kesayangan saya sudah dipinang orang pada 02.03.2013. Majlis berjalan dengan lancar sekali. Tatapi sedikit penat, kekurangan staff. Semasa, majlis pinangan berlansung aku duduk dalam bilik jerk makan rojak...burok no perangai, hahhahah. Warna tema 0ren.
Bercakap soal hantaran pulak, lelaki bagi 5 berbalas lebih daripada 20 hantaran daripada perempuan. Mana tak nya mak sedara, kaum kerabat banyak bagi. Adat orang Perak, mak-mak sedara or kenalan rapat mestilah membawa buah tangan untuk dibuat hantaran kepada pihak lelaki. Maka untungler sesapa yang pergi meminang orang Perak nieh
Manis di hari pertunangan |
Menu makanan pulok, nasi putih, ayam masak karipulay, daging taucu ( ini adalah sangat stone n meletop-letops bak kate Neelofa), ulam-ulaman bersama kawan karibnyerk sambal belacan (5 star), lemak nangka, tempoyak ikan patin dan tidak lupa jugak air oren serta desert rojak n bubur kacang. Aku makan 2 x tambah. tak malu kan 2x, ibarat kata Khir rahman dalam 'Rock O'.
mari makan bubur kacang, (aku terduduk akbat kekenyangan melampau) |
Walaubagaimanapun, kiteorang terpaksa balik awal sebab cik mat aifa lak nak melawat rumah. Beseler, rumah kalau buat sendiri maintainance tinggi. Maka balik ler kami ke Seri Iskandar jam 4.20 pm. Apapun, kita tunggu lak majlis Walimatulurus sepupu aku nieh tahun depan Insya-allah.
No comments:
Post a Comment