Saturday, December 11, 2010

tutorial nak pergi Melaka dari Ukm tanpa kereta

Weh sume yang mengenali saejah, tak kenal pun tidak mengape.. lame2 t leh kenal jugak.heheh. Aku baru jerk sampai ukm dari melake. Pergi sendiri beb! survive tak aku. Pergi sane, coz ade kakak kawan saejah kawin.

Best woo dapat makan nasi free... sedap lak tuh...hahah, tapi sebenarnyerk bukan itu objektif saejah turun Melaka yerk, saje mahu belajar cara2 bagaimana mahu bersosial sesama masyarakat.

So, kepada sesape yang mahu ke Melaka dari Ukm boleh ikut care2 seperti yang tertera di bawah ini. Sape yang dah tahu, tak yah tengok pon takpe. Tapi kalau salah dan mungkin ade care yang lagi cepat atau lebih relevan lagi boleh bagi komen kat entry nieh. Sekian, terima kasih.

1) Mule2, beli tiket komuter ke Seremban Rm 4.20. Lepas tuh, kene pergi ke terminal yang kat seberang tuh. Lepas tuh, tunggulah train sampai. Bile train sampai, naiklah train tu dan ingat couch tengah adalah untuk wanita sahaja, hehehhe.

2) Untuk sampai Seremban korang wajip lalu 5 stesen sebelum sampai, tapi aku tak ingat name2 stesen nyerk. Dalam mase 35-45 minit sampailah ke seremban.

3) Pastu, korang akan sampailah ke Seremban. Turun jerk dari train korang ikut jerk susur gajah, jalan kaki jangan berhenti sampai nampak stesen bas. Name stesen bas tuh, stesen bas terminal 1 kalau tak silap aku.

4) Then, korang boleh beli tiket bas ke Melaka terus kat situ. Cam aku beli tiket transnasional Rm7.00. Yang aku peliknyerk, kat dashboard depan kedai tiket tuh tulis rm6.90. Tapi dalam tiket tulis, rm0.10 skim perlindungan diri. Lantaklah ko transnasional. Kalau korang boring nak tunggu bas tak jalan lagi, boleh pergi jalan2 kat giant dekat jerk ngan terminal bus tuh sebelah jerk.

Perjalanan dari Seremban ke Melaka hanyalah mengambil masa dalam 1 jam 430 minit. Dier akan jadi lebih cepat jika, tiadanya traffic light. Yang aku dapat perhatikan, kat Melaka nieh banyak sangat dengan traffic light, dahler banyak lame lak tuh. Patutlah orang Melaka ramai penyabor orangnyerk...hehheh. Jangan marah yerk orang2 Melaka. Aku terkena kejutan budaye jerk sebenarnyerk.

Last words, selamat sampai ke negeri Melaka bandar bersejarah dengan selamat dan penuh berhemah, ingat pepatah melayu ada mengatakan ' hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri ', ayat yang selapasnya pepandailah korang buh sendiri aku lupe.

3 comments:

Mollek said...

wah.. boleh la bw saye jalan2 nnt ye..

Hanis said...

sampai melaka tu turun stesen bas mana?

farahain said...

mollek: boley... no hal punyerk!
hanis: terus sampai stesen bas melake
yang besor tuh, ape name stesen aku dah lupe ark beb....