Salam kome...hari ini saejah nak bercerita pasal buah labu,kome tahu kerk labu tu ape..jangan tak tahu lak...buah labu nie ade banyak jenis tapi bagi saye rasenyerk lebey kurang same sahaje...kalau saejah buah labu nie suke kalau ia dibuat lepat...sangat heaven rasenyerk...menjilat gigi,bukan ape,sedap bebenor...tambah kalau mak saejah yang buat..heheheh,bilelah boley makan agi...Labu bersifat sejuk dan lembap,boleh memberikan suntikan zat ringan,mudah masuk ke dalam perut,meskipun belum rosak sebelum dihadamkan dan menghasilkan hampas yang baik.Sebahagian daripada khasiatnya adalah memberi serat yang baik dengan vitamin yang terkandung dalamnya....itulah kome bior lawas kalau membuang tue,idakler jenuh merannyerk,kuikui......jika labu itu dimakan dengan biji sawi atau jintan hitam,boleh menimbulkan rasa masin.Buah labu merupakan jenis sayur-sayuran yang kaya dengan pelbagai sumber khasiat yang bergune untuk kesihatan tubuh manusia.Jika seseorang itu menghadapi rabun,terutama sekali pada waktu malam atau ketidakseimbangan gula dalam darah,maka labulah paling baik....Selain mempunyai vitamin A dan C,labu juga mengandungi sumber kalsium,fosforus,zat besi,beta karotid dan serat.Dikatakan sumber serat atau fiber yang tinggi dalam labu turut berfungsi mengawal nafsu makan.Isi labu yang direbus dikatakan baik untuk merawat tekanan darah tinggi dan penyakit kuning.Labu yang dimasak juga baik untuk mengawal diabetis,manakala labu yang dikukur halus boleh merawat luka kecil seperti terbakar atau luka pisau.Manakala anak yang kurang nafsu makan,bolehlah diberi makan isi labu..
Satu lagi kebaikan yang jarang didedahkan tentangnya ialah khasiat untuk kanak-kanak yang menderita kecacingan.Penyakit itu boleh dirawat dengan diminum sebelum tidur.Caranya biji labu dikeringkan dan ditumbuk halus sebelum dicampurkan dengan air suam.tapiskan campuran itu dan airnya diminum.....
No comments:
Post a Comment